Ini adalah polisi privasi data peribadi ("Polisi") Aidan Technologies Sdn Bhd (“kami” atau “kita“).
Polisi ini terpakai kepada maklumat peribadi mengenai individu (pelanggan, vendor, pengedar, pembekal, pembekal perkhidmatan, rakan kongsi perniagaan) yang dipegang oleh kami. Kami hanya akan memproses Data Peribadi anda mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, peraturan, garis panduan, perintah yang dibuat di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan sebarang pindaan berkanun atau enakmen yang diperbuat daripada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dari semasa ke semasa (secara kolektif dirujuk sebagai “APDP“) serta Polisi ini.
APDP memerlukan kami memaklumkan kepada anda tentang hak-hak anda berkenaan dengan Data Peribadi anda yang sedang diproses atau yang akan dikumpulkan dan diproses selanjutnya oleh kami dan tujuan untuk pemprosesan data. APDP juga memerlukan kami untuk mendapatkan kebenaran anda terhadap pemprosesan Data Peribadi anda. Mengikut APDP, kami komited untuk melindungi dan menjaga Data Peribadi anda.
Dengan membekalkan Data Peribadi anda kepada kami dan / atau dengan terus mengakses laman web kami (“Laman Web“), anda mengisytiharkan bahawa anda telah membaca dan memahami Polisi ini dan bersetuju supaya kami memproses Data Peribadi anda mengikut cara yang ditetapkan dalam Polisi ini.
Kami berhak untuk mengubahsuai, mengemaskini dan / atau meminda Polisi ini dari semasa ke semasa dengan memberi notis terdahulu yang munasabah kepada anda. Kami akan memaklumkan anda tentang apa-apa pindaan melalui pengumuman di Laman Web atau cara lain yang sesuai. Sila semak Laman Web dari semasa ke semasa untuk mengetahui sama ada terdapat pindaan kepada Polisi ini. Sebarang pindaan kepada Polisi ini akan berkuatkuasa apabila notis diberi kepada anda. Dengan terus menggunakan perkhidmatan dan / atau akses ke Laman Web ini selepas dimaklumkan mengenai sebarang pindaan kepada Polisi ini, anda akan dianggap telah bersetuju dan menerima pindaan tersebut.
Jika anda tidak bersetuju dengan Polisi ini atau apa-apa pindaan kepada Polisi ini, kami mungkin tidak dapat memberikan semua perkhidmatan kepada anda dan anda mungkin dikehendaki menamatkan perjanjian anda yang berkaitan dengan kami dan / atau berhenti mengakses atau menggunakan Laman Web ini.
Istilah “Data Peribadi” bermaksud apa-apa maklumat dalam pemilikan atau kawalan kami yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada individu setakat mana individu itu boleh dikenalpasti dari maklumat itu atau boleh dikenal pasti melalui maklumat tersebut dan maklumat lain dalam milik kami seperti nama, alamat, telefon nombor, nombor pengenalan / pasport, tarikh lahir, gambar, alamat e-mel, maklumat isi rumah, dan sebagainya. Jenis Data Peribadi yang dikumpulkan bergantung pada tujuan pengumpulan. Kami boleh “memproses” Data Peribadi anda dengan cara mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, menggunakan dan / atau menzahirkannya.
Data Peribadi anda boleh dikumpul daripada anda semasa urusan anda dengan kami dalam apa cara termasuk melalui sebarang transaksi dan / atau komunikasi yang dibuat daripada / dengan kami. Kami juga boleh mengumpul Data Peribadi anda daripada pelbagai sumber, termasuk tanpa batasan, di sebarang acara, seminar, pameran jalan, kajiselidik kepuasan pelanggan yang dianjurkan dan / atau ditaja oleh kami, serta dari sumber yang tersedia secara umum. Beberapa contoh bagaimana data peribadi boleh dikumpulkan :
Di samping itu, kami juga boleh menerima, menyimpan dan memproses Data Peribadi anda yang dibekalkan atau disediakan oleh mana-mana pihak ketiga, badan rujukan kredit, pihak berkuasa pengawalseliaan dan undang-undang, atas alasan termasuk penghantaran produk dan / atau perkhidmatan kami, perlaksanaan syarat-syarat perjanjian dan / atau mematuhi obligasi undang-undang dan peraturan kami.
Data Peribadi yang dibekalkan oleh anda kepada kami atau yang dikumpulkan oleh kami dari anda atau melalui sumber-sumber lain yang mungkin diperlukan untuk memenuhi tujuan-tujuan pada masa ia dicari atau dikumpulkan, boleh diproses untuk tujuan-tujuan berikut (secara kolektif dirujuk sebagai “Tujuan“):
dan anda bersetuju dan membenarkan kami menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan yang dikenal pasti dalam Polisi ini. Sekiranya anda tidak membenarkan kami memproses Data Peribadi anda untuk satu atau lebih daripada satu Tujuan di atas, sila maklumkan pada kami di butiran perhubungan di bawah.
Pengumpulan Data Peribadi anda oleh kami mungkin bersifat mandatori atau sukarela bergantung kepada Tujuan yang mana Data Peribadi anda dikumpulkan. Di mana ia wajib bagi anda untuk membekalkan Data Peribadi anda kepada kami, dan anda gagal atau pilih untuk tidak memberikan data tersebut kepada kami, atau tidak bersetuju dengan Polisi di atas, kami tidak akan dapat menyediakan produk dan / atau perkhidmatan atau setidaknya berurusan dengan anda.
Kami tidak akan menjual, menyewa, memindahkan atau menzahirkan mana-mana Data Peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran anda. Walau bagaimanapun, kami boleh menzahirkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga berikut, untuk satu atau lebih daripada satu Tujuan di atas:
Kami berhasrat untuk menyimpan semua Data Peribadi dengan tepat, lengkap, tidak mengelirukan, terkini dan boleh dipercayai setakat mana yang boleh. Oleh itu, ketepatan Data Peribadi anda bergantung pada sebahagian besar ke atas maklumat yang anda berikan. Oleh itu, ia adalah syarat untuk kami menyediakan produk, perkhidmatan dan / atau kemudahan kepada anda bahawa anda:
Tertakluk kepada pengecualian yang terdapat di bawah APDP, anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada, meminta salinan, meminta untuk mengemaskini atau meminda, Data Peribadi anda yang kami pegang. Kami mungkin mengenakan bayaran yang kecil (jumlah sepertimana yang dibenarkan oleh APDP) untuk menampung kos pentadbiran yang terlibat dalam memproses permintaan anda untuk mengakses Data Peribadi anda.
Berhubung dengan hak anda untuk mengakses dan / atau meinda Data Peribadi anda, kami berhak untuk menolak permintaan anda untuk mengakses dan / atau meminda Data Peribadi anda atas alasan yang dibenarkan di bawah undang-undang, seperti di mana perbelanjaan menyediakan akses kepada anda tidak sepadan dengan risiko privasi anda, atau di mana hak orang lain juga boleh dilanggar, antara sebab lain.
Anda mempunyai hak pada bila-bila masa untuk meminta kami untuk mengehadkan pemprosesan dan penggunaan Data Peribadi anda (sebagai contoh, meminta kami untuk berhenti daripada menghantar sebarang bahan pemasaran dan promosi atau menghubungi anda untuk tujuan pemasaran).
Di samping itu, anda juga mempunyai hak, melalui notis secara bertulis, untuk memaklumkan kami tentang penarikan balik persetujuan anda (sepenuhnya atau sebahagian) yang diberikan sebelum ini kepada kami tertakluk kepada sebarang sekatan undang-undang, syarat kontrak dan tempoh masa yang munasabah bagi penarikan balik persetujuan untuk dilaksanakan. Bagaimanapun, penarikan balik persetujuan anda mungkin menyebabkan akibat-akibat undang-undang tertentu yang timbul daripada penarikan balik tersebut. Sehubungan dengan ini, bergantung pada sejauh mana penarikan balik kebenaran anda untuk kami memproses Data Peribadi anda, ini mungkin bermakna kami tidak akan dapat meneruskan hubungan anda yang ada dengan kami atau kontrak yang anda miliki dengan kami akan ditamatkan.
Mana-mana Data Peribadi anda yang diberikan kepada kami akan disimpan selagi tujuan yang mana Data Peribadi dikumpulkan berterusan; Data Peribadi anda kemudiannya dimusnahkan dari rekod dan sistem kami mengikut dasar penyimpanan kami sekiranya Data Peribadi anda tidak lagi diperlukan untuk tujuan tersebut kecuali penyimpanan selanjutnya diperlukan untuk memenuhi tempoh penyimpanan yang lebih panjang untuk memenuhi keperluan operasi, undang-undang, pengawalseliaan, cukai atau perakaunan.
Kami komited untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda disimpan dengan selamat. Untuk mengelakkan akses atau penzahiran tanpa kebenaran atau risiko lain yang serupa, kami berusaha, jika dapat dilaksanakan, untuk melaksanakan langkah-langkah keselamatan teknikal, fizikal, elektronik dan prosedur yang sesuai selaras dengan undang-undang dan peraturan yang berkenaan dan standard industri untuk melindungi dan mencegah pihak yang tidak dibenarkan atau pemprosesan yang menyalahi undang-undang Data Peribadi anda, dan pemusnahan, atau kerugian secara tidak sengaja, kerosakan, pengubahan, pendedahan atau akses tanpa kebenaran kepada Data Peribadi anda.
Kami akan membuat kemas kini yang munasabah kepada langkah-langkah keselamatannya dari semasa ke semasa dan memastikan pihak ketiga yang diberikuasa hanya menggunakan Data Peribadi anda untuk Tujuan yang dinyatakan dalam Polisi ini.
Internet bukan medium yang selamat. Walau bagaimanapun, kami akan menyediakan pelbagai prosedur keselamatan berkaitan dengan Laman dan komunikasi elektronik anda dengan kami. Semua pekerja dan pemproses data yang mempunyai akses kepada, dan yang dikaitkan dengan pemprosesan Data Peribadi anda, diwajibkan menghormati kerahsiaan Data Peribadi anda.
Sila maklum bahawa komunikasi melalui Internet, seperti e-mel / emel web tidak selamat kecuali mereka telah disulitkan. Komunikasi anda mungkin dihalakan melalui beberapa negara sebelum dihantar – ini adalah sifat World Wide Web / Internet.
Kita tidak boleh dan tidak menerima tanggungjawab untuk sebarang akses tanpa izin atau pemintasan atau kehilangan Data Peribadi yang berada di luar kawalan kami yang munasabah.
Setakat yang telah anda berikan (atau akan memberikan) Data Peribadi tentang keluarga, pasangan dan / atau tanggungan lain, anda mengesahkan bahawa anda telah menjelaskan kepada mereka bahawa Data Peribadi mereka akan diberikan kepada, dan diproses oleh, kami dan anda mewakili dan menjamin bahawa anda telah memperoleh persetujuan mereka terhadap pemprosesan (termasuk pendedahan dan pemindahan) Data Peribadi mereka menurut Polisi ini dan, berkenaan dengan kanak-kanak bawah umur (iaitu individu di bawah umur 18 tahun) atau individu yang tidak bertauliah secara sah untuk memberikan persetujuan, anda mengesahkan bahawa mereka telah melantik anda untuk bertindak bagi mereka, untuk memberi persetujuan bagi pihak mereka untuk pemprosesan (termasuk pendedahan dan pemindahan) Data Peribadi mereka mengikut Polisi ini.
Kemudahan penyimpanan maklumat dan pelayan kami boleh ditempatkan di negara lain di luar Malaysia. Ini mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, contoh-contoh di mana Data Peribadi anda boleh disimpan di pelayan yang terletak di luar Malaysia. Di samping itu, Data Peribadi anda boleh dizahirkan atau dipindahkan kepada entiti yang terletak di luar Malaysia atau di mana anda mengakses Laman dari negara-negara di luar Malaysia. Sila maklum bahawa entiti asing ini boleh ditubuhkan di negara-negara yang mungkin tidak menawarkan tahap perlindungan data yang bersamaan dengan yang ditawarkan di Malaysia di bawah undang-undang Malaysia. Anda dengan ini bersetuju dengan nyata untuk membolehkan kami memindahkan Data Peribadi anda di luar Malaysia untuk tujuan tersebut. Kami akan berusaha untuk memastikan bahawa langkah-langkah yang munasabah diambil untuk memastikan bahawa semua pihak ketiga di luar Malaysia tidak akan menggunakan Data Peribadi anda selain sebagai sebahagian daripada Tujuan tersebut dan untuk melindungi privasi dan privasi Data Peribadi anda secukupnya.
Pautan luar
Cookies
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Polisi ini, atau mempunyai pertanyaan lanjut, atau ingin membuat aduan atau akses data atau permintaan pembetulan berkenaan dengan Data Peribadi anda, anda boleh menghubungi kami di butiran perhubungan di bawah:
Alamat: Aidan Technologies Sdn. Bhd. 100-1, Jalan 2/23A, Taman Danau Kota, 53300 Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia..
Nombor Telefon: +603-4143 0572
Alamat E-mel: [email protected]
Dalam keadaan berlakunya sebarang konflik antara Polisi Privasi Data Peribadi ini dalam Bahasa Inggeris dengan Polisi Privasi Data Peribadi ini dalam Bahasa Malaysia yang sepadan dengannya, terma-terma Polisi Privasi Data Peribadi dalam Bahasa Inggeris akan mengatasinya.