Pelbagai borang yang kompleks dibina dengan cara mudah. Fungsi drag & drop membolehkan staf bukan teknikal membina borang yang memenuhi spesifikasi mereka yang sentiasa berubah mengikut keperluan semasa.
Proses aliran kerja untuk perkhidmatan online organisasi anda boleh terus dipadankan dengan fleksibel pada borang yang dijana. Ini membolehkan sebarang kelulusan atau pemantauan pada setiap serahan yang diterima.
Laporan analisis data serahan untuk setiap borang dan proses yang dihasilkan boleh dilihat dengan mudah dengan masa nyata dalam satu papan pemuka yang ringkas dan mudah difahami. Malah staf sendiri boleh menetapkan laporan yang dikehendaki.
Sekuriti data anda berikan jaminan keutamaan tertinggi. Infrastuktur tersedia mematuhi Pematuhan PCI DSS turut dilengkapi enkripsi SSL dan perlindungan serangan DDoS.
Borang anda disimpan di pelayar cloud yang mempunyai 99.9% uptime. Ia mempunyai banyak redundansi, berkeselamatan & ketersediaan tinggi.
BORANG tersedia mematuhi semua kriteria-kriteria Government Online Services yang telah ditetapkan oleh MAMPU
Borang anda panjang? Pisahkan borang anda kepada beberapa bahagian mengikut langkah-langkah yang sesuai. Borang anda akan menjadi lebih kemas.
Hasilkan borang sepantas dengan pantas menggunakan fungsi drag & drop. Anda tidak perlu tahu koding untuk membina borang, proses malah satu sistem yang lengkap.
Anda boleh menetapkan e-mel notifikasi dihantar setiap kali serahan diterima dari pengguna. Notifikasi juga boleh dihantar untuk tujuan pengesahan atau ulasan.
Proses aliran kerja boleh ditetapkan pada borang anda samada ia untuk tujuan rujukan, ulasan atau kelulusan. Staf juga boleh mengurus tugasan kerja dengan mudah.
Anda boleh memantau setiap serahan anda dengan statistik dan analisa data yang tersedia. Malah laporan ini boleh diolah secara dinamik mengikut keperluan anda.
Peranan dinamik boleh dibina mengikut struktur organisasi dan proses kerja. Akses khusus dan paparan tersendiri boleh diberikan mengikut peranan.
Semua borang yang sudah siap dihasilkan boleh boleh terus diintegrasikan di mana-mana laman sedia ada termasuk WordPress, Drupal, Joomla, atau CMS lain.
Data-data serahan yang diterima boleh dieksport dengan mudah ke pelbagai format seperti Excel & CSV. Eksport ke pangkalan data lain juga boleh dilakukan secara automatik
Sama ada borang anda di akses di desktop, telefon atau mana-mana peranti, paparan borang akan tetap kelihatan kemas, cantik dan mesra pengguna.