Faq

Soalan Lazim

BORANG adalah platform bagi pembangunan sistem dan pangkalan data yang mudah dan teratur. BORANG berfungsi sebagai sistem pembina borang, pembina peranan akses mengikut bahagian dan pembina proses aliran kerja secara atas talian selain menjana laporan secara automatik dan sistematik.

BORANG memudahkan anda untuk menjana pelbagai jenis borang dengan menggunakan fungsi 'Seret' dan 'Lepas' yang mudah tanpa pengkodan.

BORANG memudahkan anda untuk membentuk setiap peranan (Pengarah, Pegawai, Kerani dan lain-lain) dan akses mengikut bahagian (Pentadbiran, Kewangan, IT dan lain-lain) dalam organisasi dengan menggunakan fungsi butang 'Hidupkan' dan 'Matikan' yang mudah tanpa pengkodan.

Contoh: Anda boleh menetapkan hanya Pengarah bahagian IT sahaja yang boleh melihat semua borang dan status borang yang dijana.

BORANG memudahkan anda untuk mencipta proses aliran kerja (sah, semak, lulus, tolak dan lain-lain) mengikut kesesuaian dan spesifikasi setiap sistem (borang atas talian) yang telah dijana dengan menggunakan fungsi medan yang telah tersedia yang mudah tanpa pengkodan.

Contoh: Pengguna memohon tempahan dewan dengan mengisi 'Sistem Tempahan' (borang) yang anda telah bangunkan. Permohonan akan dihantar kepada pegawai-1 untuk pengesahan, kemudian dihantar kepada pegawai-2 untuk diluluskan atau ditolak. Selepas itu, dihantar semula kepada pengguna untuk status permohonan sama ada dalam bentuk mesej ataupun surat rasmi. Semua proses aliran kerja adalah atas talian termasuklah notifikasi.

Boleh dikatakan urus tadbir harian dalam organisasi manusia berinteraksi dengan menggunakan borang dan ada proses aliran kerja yang tersendiri bagi setiap borang. BORANG adalah penyelesaian bagi semua organisasi yang ingin menukar mengurusan pentadbiran daripada manual kepada yang lebih sistematik dan efisyen. Dengan BORANG, semua urus tadbir dan proses aliran kerja dalam organisasi dapat diselaraskan dan data dapat disimpan dalam satu pangkalan data.

Selain daripada harga, kami hanya menghadkan jumlah borang yang boleh dijana (berstatus aktif) dan bilangan pentadbir sahaja bagi setiap pelan yang ditawarkan. Ini bermaksud tidak ada had pengguna, tidak ada had serahan borang, tidak ada had templat, tidak ada had simpanan data dan tidak ada had akses kepada tetapan BORANG. Boleh rujuk pelan harga kami.

Jika anda melanggan salah satu daripada pelan harga BORANG, anda boleh memuat turun aplikasi BORANG di Apple Store (iOS) dan Google Play (Android) tanpa kos tambahan. Namun yang demikian, kami juga menyediakan perkhidmatan tambahan jika hendak sesuaikan dengan keperluan organisasi anda seperti penambahan fungsi yang tidak ada dalam aplikasi tersedia.

Ya boleh. Anda perlu tetapkan pada tetapan konfigurasi dan integrasi data melalui API dan Webhook BORANG dengan pangkalan data sedia ada. Sebagai contoh, data profil kakitangan boleh di import terus ke dalam BORANG tanpa perlu memasukkan semula satu persatu.

Ya boleh. Kami bangunkan BORANG dengan API tersedia bagi memudahkan diintegrasi dengan sistem lain.

Kami mengesyorkan menggunakan pangkalan data MariaDB atau MySQL. Namun yang demikian, BORANG boleh diintegrasi dengan mana-mana pangkalan data sedia ada.

Pelan harga yang kami tawarkan adalah bagi pemasangan BORANG di Cloud sahaja. Namun yang demikian, kami juga menyediakan perkhidmatan tambahan bagi pemasangan di premis atau cloud anda sendiri. Anda boleh menghubungi kami untuk ceritakan keperluan spesifikasi organisasi anda bagi memudahkan kami menyediakan sebut harga.

Anda boleh menghubungi kami jika organisasi anda memerlukan demo untuk BORANG. Kami sedia membentang dan menunjukkan cara penggunaan BORANG sebelum mencipta akaun untuk demo BORANG untuk organisasi anda.